Wednesday, June 11, 2008

Next chapter, D'edge Communication

End of the story masa belajar dulu. Kalau nak cerita memang panjang lebar, pasal pengalaman pahit dan manis belajar ni. Cuma aku nak cerita pulak lepas aku belajar dan macam mana aku boleh terjebak dalam bidang ni. Sebenarnya nak masuk dalam bidang ni agak susah pasal bidang kerja ni jarang diiklankan di newspaper or sebagainya. Oleh sebab itu aku terpaksa menganggur dan buat kerja-kerja lain sepanjang lepas grad. Kalau tak silap dalam tahun 2003. Macam-macam kerja gak aku mintak, waiter Anw, pub, marketing 'ese kutip', sales dan apa-apa je yang boleh mendatangkan duit. Tapi tak jugak dapat. Maybe takde rezeki lagi. Pada satu hari kawan aku, lampam namanya... dah offer aku satu job dengan D'Edge Communications( maybe anda semua pernah dengar nama ni). Program kanak-kanak je, dan dihoskan oleh dua orang awek cun, cat carmen chong dan haflin saiful azhar(ini pun first time dia hosting!) . Aku diperlukan untuk menjadi seorang pencatat adegan, atau dikenali sebagai konti. Bayaran yang aku dapat masa tu cuma RM 50 untuk satu episod. So senang cerita aku pun layan je la disebabkan masa tu aku memang tengah kering gersang!

Walaupun program ni just studio saja, tapi proses pengambaran memakan masa berbulan juga la,dari pagi samapai kemalam terperuk la aku dalam studio tu yang panas sebab takleh bukak aircond. Tujuannya untuk mengelakkan bunyi hissing aircond tersebut yang boleh mencacatkan output dia nanti. lagipun company ni masih baru lagi ketika tu. Tapi sekarang agak top gak la. Walaupun tak dapat banyak, tapi kira this is my first experience dalam industri ni. Aku berkenalan la dengan cameraman otai macam apache, arab, man sik dan haris fadzilah (maybe diorang pun tak kenal aku), dapat juga aku belajar the 'reality bites' dalam shooting process ni. Macamana cara directing, camera movement, hosting, lighting, audio dan macam-macam lagi.

Selepas berbulan, habis gak shooting ni. So diorang pun buat wrap party di planet. Enjoy gak la... Anyway aku bersyukur dapat gak aku jumpa jalan menuju ke arah industri ni. Okey kita sambung lagi nanti pasal aku nak kena packing nak ke Pulau Pinang lepas ni. Ada job yang agak mencabar minda juga. Sampai masanya aku cerita apa benda yang aku kena buat kat sana. ADIOS!

No comments: