Thursday, June 19, 2008

Up with hope, Down with dope!

Kali ini aku nak bercerita pula selepas aku buat freelance dengan D'Edge Communication. Destinasi seterusnya, HOPE pictures sdn bhd. Company ni dimiliki oleh seorang pelakon yang tak payahla aku beritahu siapa dia. Sesiapa yang dah tau diam-diam je dah le... anyway kat sini pun aku on and off pasal company ni tak de job sangat. Lagipun aku masih baru lagi. Ok lah kan. Just aku nak sentuh pasal equipments yang digunakan pada ketika tu di company ni. Kamera mereka gunakan Canon XL1 yang mana masa tu sedang panas lagi. Semuanya ada 3 buah. Then, Editing suite ade 3. Semua machine tak silap guna Final Cut Pro G5 rasanya. Kira masa ni pun benda alah ni tengah top. Malangnya walaupun teknologi agak bagus juga memandangkan company ni masih baru lagi, akan tetapi tiada pengurusan yang betul menyebabkan ianya bungkus begitu sahaja. Apa boleh buat. Takde rezeki. Walau bagaimanapun aku tetap rasa ok pasal kat sinilah aku belajar tentang benda best dan tak best dalam line ni, dan aku dapat kenal dengan individu-individu tertentu yang agak berjaya sekarang ni juga pengalaman merempat di KL dengan cuma ada 30 sen dalam poket selama beberapa hari! Masuk air2!

Wednesday, June 11, 2008

Next chapter, D'edge Communication

End of the story masa belajar dulu. Kalau nak cerita memang panjang lebar, pasal pengalaman pahit dan manis belajar ni. Cuma aku nak cerita pulak lepas aku belajar dan macam mana aku boleh terjebak dalam bidang ni. Sebenarnya nak masuk dalam bidang ni agak susah pasal bidang kerja ni jarang diiklankan di newspaper or sebagainya. Oleh sebab itu aku terpaksa menganggur dan buat kerja-kerja lain sepanjang lepas grad. Kalau tak silap dalam tahun 2003. Macam-macam kerja gak aku mintak, waiter Anw, pub, marketing 'ese kutip', sales dan apa-apa je yang boleh mendatangkan duit. Tapi tak jugak dapat. Maybe takde rezeki lagi. Pada satu hari kawan aku, lampam namanya... dah offer aku satu job dengan D'Edge Communications( maybe anda semua pernah dengar nama ni). Program kanak-kanak je, dan dihoskan oleh dua orang awek cun, cat carmen chong dan haflin saiful azhar(ini pun first time dia hosting!) . Aku diperlukan untuk menjadi seorang pencatat adegan, atau dikenali sebagai konti. Bayaran yang aku dapat masa tu cuma RM 50 untuk satu episod. So senang cerita aku pun layan je la disebabkan masa tu aku memang tengah kering gersang!

Walaupun program ni just studio saja, tapi proses pengambaran memakan masa berbulan juga la,dari pagi samapai kemalam terperuk la aku dalam studio tu yang panas sebab takleh bukak aircond. Tujuannya untuk mengelakkan bunyi hissing aircond tersebut yang boleh mencacatkan output dia nanti. lagipun company ni masih baru lagi ketika tu. Tapi sekarang agak top gak la. Walaupun tak dapat banyak, tapi kira this is my first experience dalam industri ni. Aku berkenalan la dengan cameraman otai macam apache, arab, man sik dan haris fadzilah (maybe diorang pun tak kenal aku), dapat juga aku belajar the 'reality bites' dalam shooting process ni. Macamana cara directing, camera movement, hosting, lighting, audio dan macam-macam lagi.

Selepas berbulan, habis gak shooting ni. So diorang pun buat wrap party di planet. Enjoy gak la... Anyway aku bersyukur dapat gak aku jumpa jalan menuju ke arah industri ni. Okey kita sambung lagi nanti pasal aku nak kena packing nak ke Pulau Pinang lepas ni. Ada job yang agak mencabar minda juga. Sampai masanya aku cerita apa benda yang aku kena buat kat sana. ADIOS!

Tuesday, June 10, 2008

the begining...

Yes, this is the begining of my story as the videographer. Tujuan aku menulis blog ni sebenarnya bukan untuk suka-suka, just nak bercerita tentang pendapat, pengalaman dan info terbaru mengenai dunia videographer aka cameraman. Sesiapa pun boleh join aku kalau-kalau ada yang boleh dikongsikan.

Sebenarnya aku pun tak pernah ada niat untuk menjadikan videographer ni sebagai karier aku. Mulanya hanya kebetulan ketika aku masih belajar di UiTM dalam jurusan Media dan Komunikasi aka MASSCOMM. Sepatutnya sekarang ini aku memegang kertas dan pen atau yang sewaktu dengannya. Tetapi mungkin dah tertulis ini akan jadi kerja aku walaupun pada mulanya rasa berat juga kerja ni.

Okey, kali pertama aku memegang kamera ni semasa aku bersama kawan-kawan sekelas ditugaskan membuat assignment broadcasting. Tajuknya bebas dan kami sepakat memilih untuk membuat short film. Berbekalkan kamera VHS ketika itu yang mana sekarang ni dah boleh masuk muzium dah kamera tu. Short film kami tu bertajuk IMPIAN, mengisahkan seorang yang useless nermimpi menjadi seorang nelayan walaupun dia seorang yang kaya. Kami shoot film tu di sekitar Shah Alam dan Pantai Batu Laut Banting. Filem ni tak menggunakan sebrang bentuk bunyi. Hanya subtitle dan visual sahaja. Anyway walaupun kami baru tapi kira ok lah. Malangnya masterpiece kami tu hilang. ish2...

Oklah, tu antara permulaan yang bakal menyaksikan apa yang akan terjadi seterusnya....

my life as videographer?


Yup, this is the beginning of my story... pada awalnya aku bukan nak sangat jadi videographer or cameraman... tapi mungkin dah tertulis bahawa aku akan buat benda ni sebagai mata pencarian aku. Tujuan aku tulis blog ni bukan aku nak menunjuk or apa (pasal kadang2 orang tersalah tafsir), cume nak bercerita pengalaman dan ilmu dengan semua orang. Mungkin ada sesiapa yang boleh bagi info or nak tanya info, ada pengalaman lebih dari aku yang baru setahun jagung ni, boleh lah dikongsi bersama.


Ok, pada awalnye aku berjinak-jinak dengan kamera ni ketika aku masih belajar di uitm Shah Alam dalam jurusan Media dan Komunikasi. Sepatutnya ketika ini aku mungkin pegang kertas dan pen atau yang sewaktu dengannya, tetapi entah kenapa aku minat pulak dengan kamera ni walaupun kerja ni agak berat. Siapa-siapa yang dalam bidang ni tahulah apa yang berlaku. Semasa belajar dulu aku diberi assignment buat short movie. Ketika tu aku baru part 5. So aku dan kawan2 satu group pun buat lah filem tu. Masa tu kami buat filem bertajuk IMPIAN (sori kengkawan masterpiece dah hilang). Kami buat guna kamera VHS je yang maybe zaman HD ni orang dah tak pakai dah. So cerita