Saturday, November 8, 2008

'katak' productions






Setelah lama aku tak menaip apa2 kat sini , maybe sebab byk hal lg aku nak buat kot, aku pun bukan rajin sgt nak taip2 ni... any way takpela... aku nak cerita pasal tempat seterusnya, sekolah seterusnya aku dalam line ni., Carter productions Sdn Bhd ...
Carter ni tak le besar sgt company dia. Lokasi di Jalan Imbi, Office dia hanya sebuah banglo yg rasanya dibina sekitar tahun 30an dan dimiliki oleh seorang cina yang freethinker kot... hehehe.
Equipment yang ada cuma sebuah betacam sp d30p, sony DV cam 30p, Sony DVcam 570 (masuk air dah), dan sebijik mini dvcam 170 yang semuanya agak2 kene barai je. Lighting set dia sgt simple. Janji terang je, 5 biji redhead 800w, 1 2k, 1 650w dan sun gun secukup rasa, studio green matte adalah besar bilik tidur rumah bujang. Editing just pakai adobe premier, dan incitec ke apa...
Untuk MCP, ada lah switcher panasonic yang button dia pun dah tertanggal2, BnC cables and adalah sikit grip equipment.

Walaupun macam tu, orang tua cina ni kira terer gak le part2 cari job ni. Kantau job besar2 cam Batik Malaysia Piala Seri Endon, Job2 RTM, Astro... corporate video, mcm2 le...just berbekalkan equipment camtu je. Aku pun pelik camna dia market dia punya bisnes. Maybe dah rezeki dia..
Pada mulanya aku masuk as assistant cameraman. Job spec aku audioman, lighting crew, tarik kabel... sehinggalah ke despatch. Mula2 job permanent aku tak silap aku mmg tak bleh blah... kene assist shoot untuk enlightentment ceremony kat nilai memorial park di hari jumaat yang indah. Enlightenment ceremony ni bagi orang yang tak tau ialah majlis menghantar hadiah pada roh2 yang dah mati dgn cara membakar replika. Nak apa je? kete merc? Rumah banglo? duit... diorg bakar je. Tapi jgn terkejut. Even replika, harga dia dgn yang real dkt2 sama. Anyway mmg sangap job tu sampai tertidur aku kat jirat cina tu... bengkak je bos aku tengok...

Aku bertugas kat situ lebih kurang 4thn kot. Dalam masa 4thn ni mmg mcm2 benda yang aku dah rasa. Memang 4thn tu tak le lama sangat. Tapi kat situ everyday ada . Kerja pagi (kadang2 tak le pagi sgt), sampai malam... itu biasa la. Aku amik masa lebih kurang setahun lebih untuk aku dapat pegang kamera dan shoot sendiri. First job aku shoot sendiri ialah wayang kita covering behind the scen filem mukhsin kot dkt kuala selangor. Mmg kira masa tu kitorang regular external crew di Astro. Job kat Astro ni pulak banyak job berjalan je... Dari tempat yang best sampai tempat yang tak best, semua pun redah je... nak wat cane, dah namanya pun keje...
Kalau nak cerita mmg le byk kan. Tapi antara job2 yang aku ingat mcm2 cover A1 grand prix, trek selebriti, beat tv... shoot bakar mayat kat penang... byk lagi. Kat sini gak aku berpeluang jumpa mcm2 org, dari pak menteri, F1 driver, rockstar... cuma kurt cobain je aku tak de chance nak jumpa. :)

Masa di sini juga aku berpeluang pergi menjelajah seluruh Malaysia. Tapi takde la sampai oversea jauh2. Paling jauh pun kat Zamboanga City dan Basilan Island kat selatan Filipina.
Just nak cerita sikit pasal dua pulau ni. Actually dua pulau ni adalah kawasan yang sangat berisiko tinggi untuk dilawati. Untuk ke sini kita kena naik kapal memakan masa 1 hari.
Direct flight mmg takde. Di sinilah tempat dimana konflik antara ekstrimist dan kerajaan filipina berlaku. Mereka yang dikatakan ekstrimist ni adalah dr kumpulan Abu sayyaf dan MILF. Kedua2nya Islam.Walaupun mcm tu Abu Sayyaf ni terkenal ngan ganas dia. Manakala MILF pulak berjuang untuk menuntut hak autonomi yang patut jadi hak mereka. Kedua2nya ada objektif yang agak berbeza. Keadaan kat Basilan mmg tenang. Pulau dia agak besar tapi hanya ada sebuah pekan kecil dgn satu pelabuhan je. Keadaan di situ mmg mandom. Sekolah pecah2, jalanraya kecik je. Syukur le duk kat Kl ni, sekurangnya setakat nak main snuker tu takdehal la. Masa buat kerja di sana kami dikawal ketat oleh askar filipina. Travel pun kena naik Land rover Diorang. Actually aku ke sana bukan nak kena cover pasal diorang pun. Just untuk program kebudayaan fokus on muzik tradisional dan suku kaum kat sana yang mana byk mempengaruhi etnik2 yang ada kat borneo especially Sabah. Anyway, apa apapun aweks2 zamboanga city mmg mari2 beb. Rasa nak masuk dalam luggage then bawak balik kl je... :P

Maleh lak aku nak taip nih...sambung lain hari le...