Thursday, November 26, 2009

Padang jarak padang tekukur...




Bulan Oktober 2009 aku berpeluang pergi ke Indonesia melawat Padang dan Jakarta yang mana aku ditugaskan untuk shoot after effect di kawasan gempa bumi.Sebelum pergi semasa di LCCT aku cuak juga pasal takut-takut tak lepas pasal loan PTPTipu...
Anyway pada hari tu aku pun bergerak dari KL ke LCCT jam 6 pagi dan berlepas dari LCCT pada jam 9.30. Perjalanan ke Padang mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja dan pada hari tu cuaca sangat cantik dan membolehkan aku melihat panorama indah dari aerial view. Permukaan mukabumi di Padang sangat cantik,hijau dan berbukit bukau...
Setibanya di Airport Padang aku pun check in imigresen. Agak kerek gak imigresen ni tapi aku buat selamba je pasal maybe muka aku pun agak jawa jugak, so diorang maybe tak heran la. Sesampai je di sana aku di sambut oleh supir yang mana aku dibawa menaiki Avanza. Dalam perjalanan kami mencari hotel dapat la aku tengok keadaan di sana. Bangunan besar-besar di Kota Padang habis menyembah bumi. Hotel 5 star, Kompleks beli belah, bangunan kerajaan habis punah ranah berantakan! MasyaAllah...dan disebabkan hotel-hotel yang best habis total lost kami pun check in la di hotel yang biasa-biasa je..
Dah check in semua siap aku dan director aku gi la layan nasi padang di Kota Padang. Memang layan... lapar beb! lepas makan semua baru la aku start shoot di kawasan tragedi di Kota Padang tu. Selepas tengahari kami bertolak ke kawasan kampung Padang Alai yang mana tempat paling teruk terjejas.Kampung tersebut terletak di daerah Pariaman yang mana kami terpaksa bergegas selama 3 jam lebih kurang untuk sampai. Setibanya di kawasan tu aku terinsaf la pulak bila lihat budak-budak kecik, org2 tua berdiri di sepanjang jalan sambil menadah tangan minta bantuan. Kalau kat KL ni budak-budak tadah tangan biasanya nak permainan. Jalan-jalan di sana rosak teruk. Ada yang merekah yang mana kiri dan kanan hanya gaung. Pemandangan di kawasan tu sagat damai,secantik lukisan...
Jalan punya jalan sampai juga aku di tempat yang mana dikhabarkan 3 kampung menjadi kuburan tak bernesan. Nak pergi ke tempat tu aku kena naik 'ojek' kalau tak,kena berjalan kaki la aku... jauh nak mendaki bukit tu dgn bwk kamera dan tripod lagi... Sampai je atas aku terus je shoot apa yang patut. Memang sukar nak digambarkan keadaan di situ yang mana kecik je rasanya kita di sisi Tuhan...

Hari mendung, hujan renyai-renyai, terpaksalah cabut secepat mungkin takut-takut on the way balik kena tanah runtuh ke, masak... On the way balik tu aku dapat la satu shot yang mana ada sekumpulan budak-budak kecil sedang mengaji di atas tapak runtuhan surau yang dah runtuh... MasyaAllah...

Sampai di Kota Padang aku check in bilik then gedebushhh...membuta! Penat siut!
Besok nye nak kena shoot di tempat yang sama lagi dgn VIP dari Yapeim yang akan beri bantuan pada kampung-kampung yang terlibat. Then esok jugak aku akan berlepas ke Jakarta...

Wednesday, November 25, 2009

Lensa Films


Lama juga gua tak menulis ni, anyway lepas aku kerja di Carter productions, aku berhijrah ke Lensa film. Lensa ni dah 33 thn so agak otai la. Antara job2 yg melekat di sesawang otak aku ni adalah Progress shoot for 2nd penang bridge. Agak best juga la job ni even aku terpaksa berulang ke penang seminggu sekali. Job ni gak membolehkan aku melawat sekitar pulau-pulau yang ade di sekeliling Penang. Banyak gak pulau kat sini. Ada pulau Aman, Pulau Rimau, Pulau Gedung, Pulau ape bende ntah lagi aku pun tak ingat. Tapi kebanyakan pulau kat sini tak berpenghuni kecuali Pulau Aman. So ada la jugak benda-benda keras. Tapi baca selawat dgn 3 Qul ok je...
Any way aku sbnrnya lebih suka shoot atas boat, dari shoot dkt site. Sebabnya atas bot ni relaks skit. Leh layan pemandangan laut dan bleh lalu bwh jambatan Penang!hehhehe. Time job ni jugak membolehkan aku bereksperimental dgn time lapse. Time lapse awan lah, matahari terbit lah... at least some lesson for me.
Sedikit latarbelakang project ni, actually usahasama antara kerajaan Malaysia dgn China. China Harbour yang akan melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan ni manakala Malaysia pula yang akan melakukan kerja-kerja membuat materialnya. Jambatan ni lebih panjang dpd yang ada sekarang dimulai dr kawasan Batu Kawan di tanah besar ke Batu Maung di sebelah Pulau.

Selepas setahun aku di Lensa Film aku quit atas sebab-sebab yang radikal! hehehhe
so aku mulakan hidup aku kini sebagai freelancer sepenuh masa.... Layan je le...