Wednesday, November 25, 2009

Lensa Films


Lama juga gua tak menulis ni, anyway lepas aku kerja di Carter productions, aku berhijrah ke Lensa film. Lensa ni dah 33 thn so agak otai la. Antara job2 yg melekat di sesawang otak aku ni adalah Progress shoot for 2nd penang bridge. Agak best juga la job ni even aku terpaksa berulang ke penang seminggu sekali. Job ni gak membolehkan aku melawat sekitar pulau-pulau yang ade di sekeliling Penang. Banyak gak pulau kat sini. Ada pulau Aman, Pulau Rimau, Pulau Gedung, Pulau ape bende ntah lagi aku pun tak ingat. Tapi kebanyakan pulau kat sini tak berpenghuni kecuali Pulau Aman. So ada la jugak benda-benda keras. Tapi baca selawat dgn 3 Qul ok je...
Any way aku sbnrnya lebih suka shoot atas boat, dari shoot dkt site. Sebabnya atas bot ni relaks skit. Leh layan pemandangan laut dan bleh lalu bwh jambatan Penang!hehhehe. Time job ni jugak membolehkan aku bereksperimental dgn time lapse. Time lapse awan lah, matahari terbit lah... at least some lesson for me.
Sedikit latarbelakang project ni, actually usahasama antara kerajaan Malaysia dgn China. China Harbour yang akan melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan ni manakala Malaysia pula yang akan melakukan kerja-kerja membuat materialnya. Jambatan ni lebih panjang dpd yang ada sekarang dimulai dr kawasan Batu Kawan di tanah besar ke Batu Maung di sebelah Pulau.

Selepas setahun aku di Lensa Film aku quit atas sebab-sebab yang radikal! hehehhe
so aku mulakan hidup aku kini sebagai freelancer sepenuh masa.... Layan je le...

No comments: