Wednesday, December 10, 2008

Akomodasi Fantasi Part 1







Sambung lagi tulis, walaupun memang gua malas sebenarnya. Takpe-takpe, kali ni gua taknak cerita pasal equipment or ape kejadahnya pasal kerja.Gua nak cerita pasal topik yang lebih santai untuk tatapan anda semua,iaitu Akomodasi.Kira sangkut paut gak la ngan kerja gua ni. Actually, Accomodation ni kira agak penting sebab ianya boleh mempengaruhi kotak minda manusia ni untuk lebih kreatif berkarya (kononnya la!).And now, gua nak LIST DOWN pada anda semua resort-resort yang menarik yang pernah gua stay ketika on onduty before ni, maybe boleh inspire anda atau dapat bagi idea untuk anda semua pergi berfoya-foya dan beriadah?:P

1- Four Seasons Resort Langkawi

Dalam banyak-banyak resort, bagi gua ni yang terbaik pernah gua stay.
Lokasinya?Terletak di penghujung pulau Langkawi iaitu Tanjung Rhu,sangat aman dan damai serta mementingkan privacy, disamping bayu laut andaman yang nyaman.Resort ni mempunyai variasi lanskap yang pelbagai.Moghul, meditarranean, Mesir dan lain-lain yang aku sendiri pun ingat-ingat lupa.Suites yang gua stay agak besar, ada 1 kingsize bed dan yang menariknya bathroom nya terletak di luar dan ada jacuzzi yang mempunyai beberapa anak tangga. Susah gua nak terangkan ke'best'an tempat tu.You all leh tgk je image yang ada... About facilities kat situ takda la gua nak rasa tapi pada pemerhatian gua its so cozy dan selesa. Pada yang teruja pada kebesaran ciptaan Tuhan bolehlah menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat indah ketika senja kala. Rates untuk menginap di sini, untuk standard room yang gua stay tu ialah RM 1800.00. Sorry to say, sekali je la gua duk situ! hehheehehhe.pasni takde dah! mahal siut!

2- The Aryani Resort, Merang. Terengganu

Cerita pasal The Aryani resort ni pula,resort ni terletak di kawasan Merang, Terengganu. Senibina yang terdapat pada resort ini telah direkacipta oleh Raja Bahrin, seorang tokoh arkitek di negara ini yang mana konsepnya banyak dipengaruhi elemen kemelayuan yang agak 'tegar'.Terdapat 20 bilik penginapan yang divariasikan dengan kebudayaan Melayu khususnya dari Terengganu,yang mana dikelilingi tumbuhan semulajadi dan betul-betul menghadap laut cina selatan dan pulau bidor ke redang tak silap gua. Terdapat 3 jenis suite yang mana yang paling mahal ialah heritage suite, iaitu rumah kayu lama yang diperbuat dari kayu berlian rasanya, ke kayu cengal... tak kisah le, yang telah dimodifikasi dengan 'facilities' serba moden. Walaupun begitu ianya masih mengekalkan 'perisa' Melayu. Actually kat sana gua stay kat superior room je... but still selesa. Kalau di Resort sebelum ni kita boleh menikmati matahari terbenam, di sini pulak kita boleh menikmati mentari merah terbit di tengah-tengah laut China Selatan, kalau Jepun nampak mesti diorang bengang pasal kat sini pun ada matahari terbit!:) Rate bilik yang gua stay tu lebih kurang RM 600.00 per nite. kalau yang Heritage tu dalam RM 1200.00. But worth it la ngan ketenangan yang anda leh dapat kat sana!

3- Holiday Inn Damai Lagoon, Sarawak.

Damai Lagoon terletak di daerah Santubung Sarawak.Resort ini menghadap Laut China Selatan yang mana anda boleh lihat pulau Sejinjang dari dalam bilik anda.Bagi gua kelebihan resort ini ada pada kawasan landskap persekitarannya yang mengekalkan keaslian kehijauan dan dilatari Gunung Santubung yang agak mistik yang mana menjadi trademark Sarawak ni. Facilities die juga agak bagus. Gua sempat berkenalan ngan kawan-kawan baru kat situ yang mana mereka dari kalangan driver shuttle yang menghubungkan damai lagoon dgn Damai beach resort.Tarikan yang ada di sini ialah ianya sangat dekat dgn Sarawak Cultural Village. Sesuai untuk dilawati seisi keluarga..Rate dia gua tak berapa ingat tapi pada pengamatan gua lebih kurang RM400 ke atas le...

Tiga port cukup kot wat kali ni... esok2 gua top up lagi la ngan akomodasi fantasi part 2, kalau gua rajin... :) Adios, orale carnalito!hehhehe

4 comments:

Mas Lydia Hanif said...

Mmm menarek gak all those places tuh. I got a few percutian idaman in head skang neh. Nti i listed kt blog i. Eksaited!

nex media aka jime said...

baru skit tu.. ade lagi...

Mas Lydia Hanif said...

tulasal. tulislaa lagik! nak tau jugak.. at least it gimme sum ideas laa..

nazib said...

mane pic2 yg liar tu bro?