Tuesday, June 10, 2008

the begining...

Yes, this is the begining of my story as the videographer. Tujuan aku menulis blog ni sebenarnya bukan untuk suka-suka, just nak bercerita tentang pendapat, pengalaman dan info terbaru mengenai dunia videographer aka cameraman. Sesiapa pun boleh join aku kalau-kalau ada yang boleh dikongsikan.

Sebenarnya aku pun tak pernah ada niat untuk menjadikan videographer ni sebagai karier aku. Mulanya hanya kebetulan ketika aku masih belajar di UiTM dalam jurusan Media dan Komunikasi aka MASSCOMM. Sepatutnya sekarang ini aku memegang kertas dan pen atau yang sewaktu dengannya. Tetapi mungkin dah tertulis ini akan jadi kerja aku walaupun pada mulanya rasa berat juga kerja ni.

Okey, kali pertama aku memegang kamera ni semasa aku bersama kawan-kawan sekelas ditugaskan membuat assignment broadcasting. Tajuknya bebas dan kami sepakat memilih untuk membuat short film. Berbekalkan kamera VHS ketika itu yang mana sekarang ni dah boleh masuk muzium dah kamera tu. Short film kami tu bertajuk IMPIAN, mengisahkan seorang yang useless nermimpi menjadi seorang nelayan walaupun dia seorang yang kaya. Kami shoot film tu di sekitar Shah Alam dan Pantai Batu Laut Banting. Filem ni tak menggunakan sebrang bentuk bunyi. Hanya subtitle dan visual sahaja. Anyway walaupun kami baru tapi kira ok lah. Malangnya masterpiece kami tu hilang. ish2...

Oklah, tu antara permulaan yang bakal menyaksikan apa yang akan terjadi seterusnya....

2 comments:

Encik Parawok said...

ko citer laa pulak camne kepayahannya nak buat short film tu.. hanya org2 tertentu jer tau beb

ANik said...

ceritala...